TAMADUN MESOPOTAMIA
LOKASI
Tamadun terawal di dunia lahir di wilayah yang dikenali sebagai
Mesopotamia. Perkataan Mesopotamia berasal
daripada bahasa Yunani yang bermakna tanah
di antara dua sungai. Wilayah Mesopotamia ini
terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai
Euphrates.
KERANGKA MASA
Tamadun ini telah berkembang daripada petempatan awal Zaman
Neolitik. Wilayah Mesopotamia kemudian berkembang menjadi pusat
tamadun awal. Kerajaan terawal ialah
kerajaan Sumeria dan
kerajaan yang terakhir ialah Chaldea. Tamadun
Mesopotamia dapat dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan yang penting
seperti yang tertera di bawah.
Zaman
|
Kerangka Masa
|
Kerajaan Sumeria
|
3500 – 2340 S.M.
|
Kerajaan Akkad
|
2371 – 2006 S.M.
|
Kerajaan Ur
|
2113 – 2006 S.M.
|
Kerajaan Babylon Awal atau Lama
|
2000 – 1530 S.M.
|
Kerajaan Kassites
|
1530 – 1100 S.M.
|
Kerajaan Assyria
|
1100 – 626 S.M.
|
Kerajaan Chaldea
|
626 – 539 S.M.
|
Selepas kejatuhan
kerajaan Chaldea, Parsi menguasai
wilayah Mesopotamia hingga membawa kepada keruntuhan kerajaan
yang diasaskan oleh orang Mesopotamia. Antara kerajaan tersebut, Sumeria,
Akkad, Ur, Babylon Lama, dan Assyria merupakan penyumbang penting kepada
tamadun Mesopotamia.
PROSES PEMBENTUKAN
Pembentukkan tamadun Mesopotamia dibahagikan kepada dua
bahagian, iaitu bahagian utara dan selatan bandar Baghdad.
Ø Bahagian utara bandar Baghdad meliputi kawasan
pertengahan Sungai Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sungai Zab yang
dikenali sebagai Assyria.
Ø Bahagian
selatan bandar Baghdad pula meliputi kawassan Sungai Tigris dan Sungai
Euphrates yang hamper bercantum. Kawasan ini dikenali sebagai Babylon. Babylon
pula dibahagikan kepada dua kawaasan, iaitu Akkad di Utara dan Sumeria di
selatan.
Pertumbuhan
tamadun di Mesopotamia bermuala di wilayah selatan, iaitu Sumer. Orang
Sumeria bukanlah peneroka awal kerana sebelummya kebudayaan Neolitik
telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini. Orang Sumeria telah berhijrah
ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan
aktiviti pertanian melalui kerja menebus
guna tanah dengan membina sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal
pengaliran air sungai. Aktiviti ini telah membawa kepada lebihan makanan.
Petempatan awal yang
berbentuk perkampungan ini kemudiannya berkembang secara evolusi kepada bandar
dan seterusnya kepada beberapa buah negara kota seperti Kish, Nippur, Lagash,
Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari.
Ciri-Ciri
Tamadun Mesopotamia
(A) Negara Kota
·
Terbahagi kepada kawasan
utama, iaitu :
1. Pusat kota
2. Tembok kota
3. Luar kota
4. Pelabuhan
- Mempunyai kubu
pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu
gerbang yang
menjadi lambang kekayaan sesebuah kota.
- Terdapat istana,
rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar dengan kebanyakan
jalannya berkeadaan lurus dan lebar.
- Pusat sesebuah
kota ialah rumah ibadat yang
menjadi tumpuan anggota masyarakat pada masa itu.
- Setiap kota
mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri.
- Kewujudan sungai
serta kawasan tanah pamah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan
keldai.
- Melalui jalan
laut, bandar atau negara kota ini mudah dihubungi oleh wilayah di
sekitarnya.
(B) Organisasi sosial
- Organisasi
sosial yang wujud dalam tamadun Mesopotamia telah menjadikan kehidupan
masyarakat negara kota lebih teratur.
- Masyarakat
negara kota terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan
pemerintah dan golongan rakyat.
- Golongan
pemerintah terdiri daripada:
1. Raja
2. Ketua pendeta
3. Ketua tentera
4. Orang bangsawan.
·
Golongan rakyat terbahagi kepada dua, iaitu
1.
Rakyat bebas seperti petani,
artisan serta pedagang
2.
Hamba yang terdiri daripada
tawanan perang.
![]() |
Susun lapisan masyarakat Tamadun Mesopotamia |
(C) Sistem pemerintahan
·
Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk teokrasi.
**Teokrasi
ialah pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan yang berasaskan
hukum agama dan bersifat ketuhanan.
·
Di bawah sistem ini, raja dianggap sebagai :
1.
Tuhan atau wakil tuhan
2.
Pemilik Negara.
·
Rakyat tidak menyembah raja sebagai tuhan kecuali
semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291 –
2255 S.M.) di Akkad.
·
Beliau memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai
tuhan.
·
Ini adalah disebabkan beliau menganggap dirinya terlalu agung kerana berjaya menguasai wilayah yang luas sehingga beliau
menggelarkan dirinya sebagai “Raja Empat Penjuru
Alam”.
·
Raja juga menjadi :
1.
Ketua pentadbir
2.
Ketua tentera
3.
Ketua pendeta yang berkuasa dalam
hal keagamaan.
·
Raja juga amat berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan.
·
Beliau dibantu oleh para pegawai yang
kebanyakkannya terdiri daripada golongan bangsawan yang mempunyai ikatan dengan
keluarga diraja.
** Zigurat
Raja Mesopotamia bertindak sebagai ketua
agama dan beliau berkuasa melantik ahli keluarganya diraja untuk memegang
jawatan di zigurat serta menentukan bentuk pentadbirannya.
Fungsi zigurat :
1.
Pusat ibadat
2.
Pusat perdagangan
3.
Pusat penyimpanan khazanah
Negara.
Sumbangan Tamadun Mesopotamia
Kod Undang-undang Hammurabi
·
digubal semasa Raja Hammurabi memerintah
Babylon
·
berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
·
282 undang-undang dipahat pada tembok serta tiang
besar untuk tatapan rakyat
·
Mengelakkan permasalahan