Sunday, 30 June 2013

Tamadun Mesopotamia


TAMADUN MESOPOTAMIA

LOKASI

Tamadun terawal di dunia lahir di wilayah yang dikenali sebagai Mesopotamia. Perkataan Mesopotamia berasal daripada bahasa Yunani yang bermakna tanah di antara dua sungai. Wilayah Mesopotamia ini terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.

 

 

KERANGKA MASA

Tamadun ini telah berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik. Wilayah Mesopotamia kemudian berkembang menjadi pusat tamadun awal. Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria dan kerajaan yang terakhir ialah Chaldea. Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan yang penting seperti yang tertera di bawah.


Zaman
Kerangka Masa
Kerajaan Sumeria
3500 – 2340 S.M.
Kerajaan Akkad
2371 – 2006 S.M.
Kerajaan Ur
2113 – 2006 S.M.
Kerajaan Babylon Awal atau Lama
2000 – 1530 S.M.
Kerajaan Kassites
1530 – 1100 S.M.
Kerajaan Assyria
1100 – 626 S.M.
Kerajaan Chaldea
626 – 539 S.M.

 

       Selepas kejatuhan kerajaan ChaldeaParsi menguasai wilayah Mesopotamia hingga membawa kepada keruntuhan kerajaan yang diasaskan oleh orang Mesopotamia. Antara kerajaan tersebut, Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Lama, dan Assyria merupakan penyumbang penting kepada tamadun Mesopotamia.

 

PROSES PEMBENTUKAN

 Pembentukkan tamadun Mesopotamia dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara dan selatan bandar Baghdad.

  Ø Bahagian utara bandar Baghdad meliputi kawasan pertengahan Sungai Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sungai Zab yang dikenali sebagai Assyria.

  Ø Bahagian selatan bandar Baghdad pula meliputi kawassan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang hamper bercantum. Kawasan ini dikenali sebagai Babylon. Babylon pula dibahagikan kepada dua kawaasan, iaitu Akkad di Utara dan Sumeria di selatan.

       Pertumbuhan tamadun di Mesopotamia bermuala di wilayah selatan, iaitu SumerOrang Sumeria bukanlah peneroka awal kerana sebelummya kebudayaan Neolitik telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini. Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai. Aktiviti ini telah membawa kepada lebihan makanan.

       Petempatan awal yang berbentuk perkampungan ini kemudiannya berkembang secara evolusi kepada bandar dan seterusnya kepada beberapa buah negara kota seperti Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari.


Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia

 (A) Negara Kota

·        Terbahagi kepada kawasan utama, iaitu :

1.     Pusat kota

2.     Tembok  kota

3.     Luar kota

4.     Pelabuhan

  •  Mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota.
  •  Terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan lebar.
  •  Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat pada masa itu.
  • Setiap kota mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri.
  • Kewujudan sungai serta kawasan tanah pamah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai.
  •  Melalui jalan laut, bandar atau negara kota ini mudah dihubungi oleh wilayah di sekitarnya.

 

 (B) Organisasi sosial

  •       Organisasi sosial yang wujud dalam tamadun Mesopotamia telah menjadikan kehidupan masyarakat negara kota lebih teratur.
  •       Masyarakat negara kota terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat.
  •       Golongan pemerintah terdiri daripada:

1.          Raja

2.         Ketua pendeta

3.         Ketua tentera

4.         Orang bangsawan.

·        Golongan rakyat terbahagi kepada dua, iaitu

1.    Rakyat bebas seperti petani, artisan serta pedagang

2.   Hamba yang terdiri daripada tawanan perang.
Susun lapisan masyarakat Tamadun Mesopotamia





(C) Sistem pemerintahan


·        Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk teokrasi.


**Teokrasi ialah pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan yang berasaskan  


     hukum agama dan bersifat ketuhanan.


·        Di bawah sistem ini, raja dianggap sebagai :


1.    Tuhan atau wakil tuhan 


2.   Pemilik Negara.


·        Rakyat tidak menyembah raja sebagai tuhan kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291 – 2255 S.M.) di Akkad.


·        Beliau memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai tuhan.


·        Ini adalah disebabkan beliau menganggap dirinya terlalu agung kerana berjaya menguasai wilayah yang luas sehingga beliau menggelarkan dirinya sebagai “Raja Empat Penjuru Alam”.

·        Raja juga menjadi :

1.    Ketua pentadbir

2.   Ketua tentera

3.   Ketua pendeta yang berkuasa dalam hal keagamaan.

·        Raja juga amat berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan.

·        Beliau dibantu oleh para pegawai yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan bangsawan yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja.
 

** Zigurat

      Raja Mesopotamia bertindak sebagai ketua agama dan beliau berkuasa melantik ahli keluarganya diraja untuk memegang jawatan di zigurat serta menentukan bentuk pentadbirannya.

 

      Fungsi zigurat :

1.    Pusat ibadat

2.   Pusat perdagangan

3.   Pusat penyimpanan khazanah Negara.


Pelan kedudukan zigurat di dalam kota Ur.


 



(D)Pengkhususan kerja
 



·        Apabila wujudnya lebihan hasil pertanian, pengkhususan kerja turut berlaku di masyarakat Tamadun Mesopotamia



·        Segolongan petani akan bertukar kerja menjadi peniaga dan pedagang, artisan, pembuat tekstil, pembuat barang tembikar, pembuat alat keperluan harian, tukang rumah dan tentera.



·        Ciri-ciri perdagangan di Tamadun Mesopotamia bukan hanya dengan wilayah di sekitar Tamadun Mesopotamia, tetapi juga dengan kawasan luar Tamadun Mesopotamia, Contohnya Lembah Indus.


·        Perdagangan yang dijalankan dengan Lembah Indus adalah penting kerana Tamadun Mesopotamia tidak menghasilkan banyak bahan mentah.

·        Oleh itu, pelbagai logam, kayu-kayan, emas dan perak telah dibawa masuk dengan tukaran hasil pertanian Tamadun Mesopotamia.

      


Barangan tembikar masyarakat Tamadun Mesopotamia.



(E ) Sistem tulisan

·        Proses pembentukan Tamadun Mesopotamia telah mewujudkan sistem tulisan.

·        Ini disebabkan ilmu pengetahuan masyarakat Tamadun Mesopotamia turut berkembang.

·        Pada awalnya,tulisan Tamadun Mesopotamia adalah dalam bentuk tulisan bergambar.

·        Kemudian berkembang menjadi tulisan berbentuk simbol.

·        Tulisan ini ditulis pada tanah liat yang berbentuk pepaku.

·        Dikenali sebagai cuneiform
 



 


Tulisan cuneiform ini dibenuk dengan menggunakan sejenis pen dari rumput buluh yang ditekan pada Tanah liat basah. Kepingan Tanah liat ini dijemur hingga keras. 

 

 

 


Carta mudah untuk mengingati.


Sumbangan Tamadun Mesopotamia

 

Kod Undang-undang Hammurabi

·        digubal semasa Raja Hammurabi memerintah Babylon     

·        berteraskan hak rakyat terhadap keadilan

·        282 undang-undang dipahat pada tembok serta tiang besar untuk tatapan rakyat

·        Mengelakkan permasalahan
 
    Ukiran batu yang menunjukkan Hammurabi menerima tauliah daripada Tuhan Shamash. Pada ukiran batu ini terdapat inskripsi kod undang-undang.


(B)Sistem tulisan
·        cuneiform
·        tulisan pada tanah liat berbentuk pepaku
·        bertujuan melahirkan jurutulis
·        membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat



(C )Kesusasteraan
·        EPIK GILGAMESH
·        tertua di dunia
·        mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia

(D)ILMU

(1)     Astronomi
·        pengerakan bulan , bintang dan matahari

 

(2)Matematik
·        mengira perpuluhan , menambah , menolak , mendarab , membahagi dan punca ganda dua


Perubatan
·        mementingkan kesihatan anggota tentera semasa pemerintahan kerajaan Assyria
·        500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan


( E)Alat pengangkutan
·        Tamadun Mesopotamia berjaya mencipta roda yang bertujuan:
1)   Menggerakkan kereta kuda yang digunakan semasa peperangan atau kegunaan aman.
2)  Membolehkan orang Tamadun Mesopotamia mencipya kincir air, untuk meningkatkan hasil pertanian, mengawal banjir dan mengalirkan air ke kawasan tandus.
·        Orang Sumeria berjaya mencipta alat pengangkutan terawal di dunia, iaitu:
1)   Kapal layar
2)  Pengangkutan beroda
·        Ini telah membolehkan orang Mesopotamia mampu menguasai jalan darat dan jalan laut.
·        Ini juga membolehkan orang Mesopotamia dapat berhubung dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean.

Ukiran batu menunjukkan salah satu fungsi roda dalam Tamadun Mesopotamia.




(F)Bidang Seni Bina
·        Tamadun Mesopotamia Berjaya
1)   Memperkenalkan cara membuat batu bata daripada tanah liat. Contohnya, Taman Bergantung Babylon.
2)  Mencipta arca dan tiang batu yang dapat dilihat dalam seni bina zigurat. Contohnya, patung Raja Gudea.
 

Patung Raja Gudea

·        Taman Tergantung Babylon
1)   Dibina semasa zaman pemerintahan Raja Nebuchadnezzar, iaitu Raja Chaldea
2)  Taman ini dibina untuk isterinya.
 


Taman Tergantung Babylon


(G)Empayar
·        Raja Sargon ialah seorang pemimpin yang berwibawaan yang berjaya mewujudkan kerajaan Akkad sebagai empayar pertama di dunia.
·        Beliau berjaya menawan dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia.
·        Beliau merupakan perintis kepada pembentukan sebuah empayar yang kemudiannya menjadi ikutan pemerintah seterusnya seperti Firaun Tutmose lll pada Zaman Mesir Purba.
·        Tamadun Mesopotamia berjaya menyumbang kepada pembentukan sebuah sistem pemerintahan tetapi juga pembentukan sebuah masyarakat yang lebih berestetika.
·        Pengetahuan tentang Tamadun Mesopotamia adalah hasil usaha pemimpin lampau, iaitu Ashurbanipal.
·        Ashurbanipal telah menubuhkan sebuah perpustakaan diraja di Bandar Nineveh.

Contoh Perpusakaan